Rahsia Cinta Sejati

Kebahagiaan Cinta Yang Abadi Selamanya..

My Photo
Name:
Location: Johor, Malaysia

Friday, 14 December 2007

Nak Buat Sex Sebelum Kahwin? Baca Ni Dulu!

Ini tentang cinta moden. Pasal apa saya kata cinta moden, pasal sex sebelum kahwin pada hari ni seolah-olah telah menjadi perkara biasa jer pada ramai pasangan yang sedang dilamun cinta.

Saya tak nak cerita perkara ni dari sudut agama, kesihatan, atau budaya sebab saya pasti itu semua kita tau dah jawapannya. Apa yang saya nak cerita dalam artikel ni dari sudut lain pulak dan seperti biasa..khas untuk anda wanita semualah.

Okay, untuk pengetahuan anda, lelaki ni kebanyakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk sex, bukan semualah..tapi kebanyakannya. Wanita pulak kebanyakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan komitmen dari seorang lelaki/pasangan kepadanya. Sex bagi lelaki boleh membuatnya rasa lebih dekat dengan wanita, lebih intim, lebih menjadikan sesuatu perhubungan itu sangat bermakna.

Betul ke?

Bergantung kepada keadaan!! Macamana tu?

Okay, kalau anda baru kenal dia, 2-3 kali dating dah jadi “couple”, atau pun baru bercinta, baru berpasangan dengannya lebih kurang 4-5 bulan macam tu dan kemudian anda telah “having sex” dengannya dalam jangkamasa yang terlalu pendek ini, kebarangkalian anda ditinggalkan adalah amat-amat cerah sekali. Mungkin 2-3 hari lepas tu atau mungkin 2-3 bulan lepas tu. Kenapa? Sebab dia “dah dapat” anda dan pada dia lagi, dia dah dapat anda dengan cara yang mudah! (apatah lagi kalau anda memang bersama lelaki “species” berbahaya).

Kena faham senarionya di sini, bila seseorang wanita itu “memberi” kepada lelaki, atau melakukan sex dengan seorang lelaki SEBELUM lelaki itu ada komitmen dengannya, maka wanita tersebut meletakkan dirinya terang-terang dalam bahaya. Ini kerana wanita itu telah memberikan sesuatu yang amat tinggi sekali “nilainya” dan berharga kepada lelaki tersebut dan sebaliknya apa pula yang lelaki itu berikan kepadanya dengan nilai yang sama, nilai yang setara dengan apa yang telah wanita itu berikan?

Cakap lebih mudah lagi, bila seorang wanita itu telah “memberi” kepada seorang lelaki, apa lagi yang tinggal pada wanita tersebut untuk diberi? Dah “beri” habis dah.. takde apa lagi dah tinggal! Kemudian wanita akan mengharapkan lelaki tersebut berikan perkara yang “sama nilainya” kepada dia yang memang itulah perkara asalnya yang wanita harapkan iaitu – komitmen sepanjang hayat, atau pun menjadi suaminya. Agak-agak andalah.. apa yang berlaku?

Ya, apa yang berlaku ialah kebanyakan wanita ditinggalkan oleh lelaki. Ini sudah jadi “habis manis, sepah dibuang”.

Apa yang perlu wanita lakukan ialah JANGAN “memberi” atau melakukan sex sehinggalah dia mendapatkan komitmen dari seorang lelaki terhadapnya iaitu perkahwinan.

Wanita juga perlu memastikan jika seorang lelaki itu betul-betul cintakannya, dia perlu membuktikan cintanya itu dengan bekerja keras untuk mendapatkan hati, menjaga hati dan diri wanita itu seterusnya setelah berkahwin nanti barulah lelaki tersebut akan “diberi hadiah” oleh wanita itu di atas segala usaha dan kejujuran cintanya.

Lagi satu bila wanita hanya “memberi sex” selepas perkahwinan, lelaki akan lebih lagi menghargai wanita itu kerana semasa bercinta dan belum berkahwin lagi wanita itu sendiri telah mengajar kepada lelaki tersebut untuk menghargainya dengan cara menyampaikan mesej bahawa sex adalah sesuatu yang istimewa baginya yang hanya akan diberikan kepada lelaki yang benar-benar jujur, bertanggungjawab, dan setia.

Saya pasti anda setuju!

23 Comments:

Anonymous Anonymous said...

sy amat besetuju ngn artikel nie tp zm skrg nie cam ssh skit nk praktikalkn benda camni..maybe sbb pompuan sng mmberi ats dsr syg n cinta...

16 December 2007 at 10:48:00 GMT+8  
Anonymous CresceNet said...

This comment has been removed by a blog administrator.

6 January 2008 at 20:47:00 GMT+8  
Blogger Seksi - mrslingerie said...

Seriously true. I Like this artikel..

24 February 2008 at 21:39:00 GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

yeah its true...from my side,what most important is da gurl must have owez think of herself... coz..gurl know...once they gave it.. it can't be taken back...

10 March 2008 at 13:22:00 GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

YES, sy amat bersetuju dgn apa yg anda nyatakan..tapi..agak sukar utk ditemukn dgn lelaki yg tdk mementingkn s** zmn skarg ni..mmg sukar.. sdgkn yg tereducated pn tidak dpt bezakn baik n bruk...i want to quote 1 ayat dri novel... "men, they r like parking spots..d good 1 hv taken, d rest r handicapped.." so...adakah masih ada lelaki yg betul2 jujur dalam percintaan.. sy betul2 mengimpikan lelaki jujur dalam percintaan...huhu...

26 August 2008 at 10:42:00 GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

ha ah la...
tol tu...
kalo kte snang2 jea bg...
mesti laki akan igt kte ni murah sgt...
so popuan skang kne la mahal ckit ek...

26 November 2008 at 14:55:00 GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

sy setuju tp klu dh terlanjur nk bt cmne?hehe..bila diri berada dlm emosi,sume yng mustahil akn jadi.itu hakikat..apatah lagi setelah 'memberi',dia mmg nmpk terang2 tak berusaha utk memiliki kita.apa mampu bt?teruskan je..nk putus cple,terasa jiwa kosong.ntah..ape perlu bt ye..ada cadangan?

18 December 2008 at 10:58:00 GMT+8  
Blogger kak tyea said...

setuju sangat!!! perempuan kalau nak cakap pasal cinta n kasih syg..byk2kan fikir sebelum serah..kalau pasangan anda cakap sex jadi bukti cinta anda,fikir ini..kalau betul dia cintakan anda, akankah dia merosakkan @ mengambil sesuatu yg belum jd miliknya??? kalau dia x caya, cuba ambil benda paling dia syg,then rosakkan..kalau henpon,guris kuat2 kat simen @ buang kat sungai..hah,orang syg mmg x nak..

22 January 2009 at 14:59:00 GMT+8  
Blogger Nani Aling said...

ada juga wanita yang memberi ni sebab bagi dia sex tu untuk suka2 dan bagi dia itu satu budaya...dia tak kisah mau beri dengan orang yang betul2 dia cinta ataupun just untuk i nite saja...

5 May 2009 at 15:44:00 GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

sangat2 setuju ngan artikel ni..wanita ni tgi martabatnye..jd sape2 yg bergelar wanita patut jage benda yg da dianugerahkan..kalau lelaki betul2 ikhlas pade kite die xkan mintak nak wat sex sebelom kahwin..bab die tau kite belom jd hak dia..jd berhati2 la dengan lelaki yg da mintak nak wat benda bukan2 sebelum adenya ikatan sebuah perkahwinan

12 July 2009 at 15:30:00 GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

btol sangat2.. mmg jelas dan nyata.tu la realiti zaman skang ni.. llaki yg bpelajaran tggi, yg tak tinggal solat 5 waktu pun bleh tewas dgn nafsu nihh..muka jer nmpak baik, innocent tp kt belakang bertanduk jugak..

5 October 2009 at 00:57:00 GMT+8  
Anonymous khaliq86 said...

saya sebagai lelaki mengakui info2 dalam artikel ni.. bagi saya la.. saya mesti pilih wanita yg hebat sebagai teman hidup. yang sanggup menyimpan kesucian diri untuk suami nanti. inshallah.. doakan sy berjaye dapat pasangan hidup yg solehah dan kuat semangat. amin

6 February 2010 at 22:26:00 GMT+8  
Blogger sapasaja said...

nak mintak kebenaran copy paste kat blog saya ye..

6 February 2010 at 22:28:00 GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

susah nak ckp la...2 la klu bende nak jadik susah jgk..mmm..menyesalnyer...

8 March 2010 at 02:59:00 GMT+8  
Anonymous damia said...

tolong lah wahai kaum adam...anda pemimpin..wanita itu lemah lelaki lah yang memimpinnyer...salahkah wanita? skrg bnyk lelaki di luar sana sukar untuk dipercayai...mcm mane nak mencari lelaki yg benar2 ikhlas menyayangi wanita jikalau dia tidak menghormati hak seorg wanita?

8 March 2010 at 03:04:00 GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

setuju sangt2..tapi, perkara ni xkan berlaku klau perempuan x dedahkan aset yg de kat badan diowng tu...merata2 tempat kite tngk, kbanyakn pmpuan berpakaian yg mmang nk tunjuk aset yg de kat badan die tu kat owng..bru kenal 5 hari, trus couple, than lum smpai 2bln da having sex..mmang x mustahil la tahun ni die couple ngn u, n then, tahun dpn da tkar pasngn..actually, segala nya bermula dari rumah be4 u all kuar..klu permpuan menolak pelawaan sex dgn keras, perkara ni xkn berlaku...

11 December 2010 at 19:51:00 GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

OMG dats true...

17 December 2010 at 13:12:00 GMT+8  
Blogger sofea said...

btoi2...biaq ja depa nk kta paa..kta dah bt yg terbaek bkn terbalek..

14 March 2011 at 21:28:00 GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

ada yang mengatakan bagi dara tanda sayang..xbagi jiwa dan hati melayang...wanita ibarat kerak nasi..lama-lama lembut juga akhirnya..dan sememangnya sudah lumrah kaum hawa yang lembut hatinya..dan kerana kelembutan hati dan mudah dipujuk rayu..ramai yang jadi mangsa kaum adam yang terlalu bijak mengolah kata-kata..ada seorang lelaki yang pernah berkongsi pandangan mengenai perkara ini.."biar muka ibarat jalan xsiap tapi kalo mau usha awek dan mahu buat 'sex' ayat mesti power bro"..huhu..apa kejadah semua nie...kaum adam nak puaskan nafsu...kaum hawa nak komitmen dn cinta dari pasanganya..namun sex be4 nikah ibarat menempuh jalan mati...bukankanh sex after nikah lebih indah..dapat pahala lagi tue...berbalik pada islam hawa dan adam saling memerlukan..dan kep[erluan ini perlu dipenuhi dengan jalan yang betul..islam bukan menyusahkan tapi membantu..kit perlukan agaqma bukan agama yang perlukan kita...selagi iman xmantap selagi itu sex b4 nikah jadi budaya..cakap sememangnya mudah nak laksanakan payah..tapi nak seribu cara..xnak banyak karenah..dalam hal ini bukan salah lelaki 100% tapi salah wanita jugak...xkan jadinya sex kalo lelaki sendiri yang terkinja-kinja meminta...dan wanita yang merelakan
demi kerana istilah sayang...'i lap u..u mau lap i!!!huhu..astagfirullahalazim..mohon maaf....dan sekadar perkongsian kata...(darmia)

31 May 2011 at 18:05:00 GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

sya pn stujuh sngt ngn artikel ne..tpi pabila lelaki dh bt sex dgn ppoun lain,pas tu khawin dgn ppoun lain,sekiranya isterinya tau ttg perbuatan suaminya dahulu mesti c isteri sngat2 kciwa dan cemburu....dan mesti isterinya terbayang2 mcm mna hangat nya suami dia brsma dgn girlfriendnya dlu...sebagai isteri apakah yang harus di buat???

8 June 2011 at 14:26:00 GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

I agree with your self-protection way but i think it is still depends on how the two persons on building their way to marriage.

9 January 2012 at 12:07:00 GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

Laki tu akan mendapat balasan atas ape yg dia dh buat kt wanita tu...laki tu dh menganiaya perempuan tu...lainla perempuan tu mmg nak just utk suke2....

17 December 2012 at 18:43:00 GMT+8  
Blogger Queen Of Heart said...

stuju sgt..mohon share..ye kt blog sy.

24 April 2013 at 14:02:00 GMT+8  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

how to add a hit counter to a website